Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
  • Bahasa Melayu
  • English

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH AKADEMIK UNIVERSITI 2021

Majlis Anugerah Akademik Universiti 2021 (AAU 2021) telah diadakan pada 29 September 2022 (Khamis) bertempat di Hotel Ames, Ayer Keroh. Sebanyak 10 kategori anugerah telah disampaikan sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan pencapaian ahli akademik UTeM meliputi bidang pengajaran, penyelidikan dan penerbitan bahan ilmiah sepanjang tahun 2021.
Anugerah ini juga bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan yang telah dicapai oleh staf akademik samada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr. Massila Binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah bagi edisi kali ke-tiga belas (13) ini.