Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc

MENGENAI KAMI

Penubuhan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) adalah selaras dengan penubuhan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) di bawah seksyen 20 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) menerusi Perintah Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (Perbadanan 2001) yang diwartakan sebagai P.U (A) 124 pada 3 Mei 2001. Penubuhan ini telah berkuat kuasa pada 1 Disember 2000. Dahulunya,nama  jawatan Timbalan Rektor (Akademik dan Antarabangsa) digunakan selaras dengan nama Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) sehinggalah KUTKM melalui proses penjenamaan semula nama dari KUTKM kepada UTeM pada 1 Februari 2007 sejajar dengan penjenamaan semula nama semua Kolej Universiti IPTA. Semenjak itu, nama jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah digunapakai sehingga kini.

Sepanjang tempoh tersebut, Timbalan-timbalan Rektor dan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang dilantik adalah seperti berikut:

  1. 1 Januari 2001 - 31 Januari 2007: Y. Bhg. Datuk Professor Ismail bin Hassan
  2. 1 Februari 2007 - 31 Disember 2008: Y. Bhg. Dato' Professor Dr. Abu bin Abdullah
  3. 1 Januari 2009 - 31 Disember 2011: Y. Bhg. Dato' Professor Dr. Mohd Nor bin Husain
  4. 1 Januari 2012 – 15 April 2013: Y.Bhg. Profesor Dato' Dr. Mohamad Kadim bin Suaidi
  5. 16 April 2013 – 31 Julai 2014: Y.Bhg. Profesor Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin
  6. 1 Ogos 2014 – 31 Disember 2014: Y.Bhg. Dato’ Profesor Dr. Mohd Nor bin Husain
  7. 1 Januari 2015 – 3 Januari 2020 : Y.Bhg. Profesor Datuk Dr. Mohd Razali bin Muhamad
  8. 1 Oktober 2020 - 30 September 2025: Y.Bhg. Profesor Dr. Zulkifilie bin Ibrahim
  9. 21 Oktober 2025 - kini; Y.Bhg. Profesor Dr. Mohd Rizal Bin Salleh

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) mempunyai enam Bahagian yang bernaung di bawahnya iaitu Pejabat Perancangan & Pembangunan Akademik (PPPA), Pusat Pelajar Antarabangsa dan Mobiliti (CISMo), Pusat Kecemerlangan dan Kesarjanaan Akademik (CAES), Pusat Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (CODL), Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (UTeM ACCESS) dan Teaching Factory (TF) yang masing-masing diketuai oleh seorang Pengarah.