Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
  • Bahasa Melayu
  • English

KATA ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. di atas segala nikmat yang telah diberikan. Terlebih dahulu, saya amat mengalu-alukan dan mengucapkan ribuah terima kasih kepada pengunjung yang dihormati kerana melayari laman web Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UTeM.

Laman web ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk berkongsi maklumat berkenaan misi, visi, objektif, fungsi dan struktur organisasi serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM. Ia juga merupakan satu wadah dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat luar dan staf UTeM khususnya berkaitan perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti khususnya melibatkan hal ehwal akademik dan pengantarabangsaan yang dilaksanakan oleh Pejabat ini.

Saya harap laman web ini akan dapat memberi input dan panduan komprehensif pada mereka yang melayarinya. Semoga ia dapat menjadi salah satu cabang perantara antara pejabat ini dengan masyarakat luar dan staf universiti sendiri di samping menjadi medium terbaik dalam menyalurkan maklumat yang berkesan untuk meningkatkan  lagi mutu perkhidmatan kami.

Saya turut mengalu-alukan maklumbalas daripada semua pihak bagi meningkatkan kualiti dan informasi dalam laman web Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Selamat melayari laman web ini.

Sekian, terima kasih.

PROFESOR DR. ZULKIFILIE BIN IBRAHIM

TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

Dikemaskini: 25 September 2022