Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
  • Bahasa Melayu
  • English

TAHNIAH GRADUAN! MAJLIS KONVOKESYEN KE-18 UTeM

Seramai 3,149 graduan akan diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-18 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ke-18 yang dijadual berlangsung pada 5 hingga 7 November ini. Majlis konvokesyen akan diadakan selama enam sesi dan membabitkan graduan Diploma, Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, Ijazah Doktor Kejuruteraan dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Hampir 60 peratus daripada jumlah graduan pada tahun ini adalah merupakan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selari dengan peranan UTeM sebagai sebuah universiti yang melahirkan graduan TVET di Malaysia. Pada konvokesyen pada kali ini juga turut akan diadakan sesi penganugerahan untuk Anugerah Profesor Emeritus; Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan dan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Teknologi Maklumat.

Tahniah dan syabas kepada semua graduan UTeM dan semua warga kerja UTeM yang terlibat menjayakan Konvokesyen ke-18.