Anugerah Akademik Universiti (AAU) merupakan pengiktirafan tertinggi oleh universiti terhadap kecemerlangan ahli akademik di UTeM. Majlis ini diadakan bagi tujuan untuk menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan yang telah dicapai oleh staf akademik samaada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
AAU yang kini menginjak usia penganjuran ke tahun yang ke-13 telah bermula sejak 2009 dilihat menjadi pemangkin aspirasi untuk staf akademik meningkatkan pencapaian kecemerlangan dan sumbangan dalam mengharumkan nama universiti di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa serta menggalakkan lagi kesarjanaan di kalangan ahli akademik UTeM.
Majlis AAU 2021 akan disempurnakan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM manakala tema AAU pada penganjuran kali ini ialah “Ilmuwan, Ilmu dan Teknologi Menyejahterakan Masyarakat” dan telah diadakan di Raja Chulan Ballroom, Hotel Ames, pada 29 September 2022. Tahniah dan syabas kepada penerima Anugerah Akademik Universiti bagi tahun 2021.
Sumber
Sistem Online
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa),
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia
Telefon: +606-270 1012
Fax: +606-270 1026
Email : pej_tncaa@utem.edu.my
Hakcipta © 2022 Pej TNCAA UTeM | Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Penafian | Privasi & Polisi Keselamatan | Hakcipta