Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
  • Bahasa Melayu
  • English

Pemakluman Berkaitaan Kemasukan Semula Pelajar ke Kampus Secara Fizikal

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
.
PEMAKLUMAN BERKAITAN KEMASUKAN SEMULA PELAJAR KE KAMPUS SECARA FIZIKAL PADA MAC 2021
.
Merujuk kepada pemakluman yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bertarikh 31 Januari 2021 berkaitan dengan kemasukan semula pelajar ke kampus secara fizikal bermula Mac 2021, dimaklumkan bahawa UTeM membenarkan pelajar-pelajar kembali ke kampus bagi 5 kumpulan sasaran pelajar berikut:
.
1. Pelajar bekeperluan akses internet dan sumber di universiti.
2. Pelajar Diploma tahun 1 dan 2 yang layak.
3. Pelajar yang menjalani makmal/Bengkel berkaitan.
4. Pelajar kusus IDP Sarjana Muda.
5. Pelajar tahun akhir Sarjana Muda.
.
Sehubungan itu, mohon kerjasama semua pelajar agar mengambil maklum perkara tersebut bagi membuat persiapan yang sewajarnya untuk kembali ke kampus.
.
Untuk makluman semua pelajar, pengangkutan akan disediakan di KLIA/KLIA 2 pada 8 Mac 2021 hingga 14 Mac 2021 mengikut jadual yang akan dikeluarkan kelak. Rujuk infografik berkaitan yang disertakan.
.
Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh hubungi talian berikut;
.
06-2702890
Talian Khas Bilik Gerakan Krisis UTeM
.
06-5534439
Talian Kecemasan Pusat Kesihatan UTeM
.
062701548 / 2851
Pej. Timbalan Naib Canselor (Akademik&Antarabangsa)
.
06-270 1388 /1352 / 1923
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
.
Harap maklum dan terima kasih.