
Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) Dan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka Bersama Agensi dan Industri telah diadakan pada 6 Oktober 2022 (Khamis) di Royal Chulan Grand Ballroom, Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka.
Majlis pertukaran MoA dan MoU ini disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan YBrs. Profesor. Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
.
Pada majlis tersebut, sebanyak 15 Agensi/Industri telah terlibat membuat pertukaran yang melibatkan 17 MoA/ MoU terdiri daripada 6 dokumen MoA dan 11 dokumen MoU.
.
Senarai Agensi/ Industri adalah seperti berikut:
.
(i) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) (MoA)
(ii) Petronas Lubricant International Sd. Bhd. (2 MoA)
(iii) Pertam Services Sdn. Bhd. (MoA dan Kontrak Perjanjian)
(iv) RZTECH Resources Sdn. Bhd. (MoA)
(v) Power Transcoteq & Services Sdn. Bhd. (PTS)
(vi) Anak2u Sdn. Bhd.
(vii) Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd.
(viii) Omega Fabrication Sdn. Bhd.
(ix) WB Refrigeration Sdn. Bhd.
(x) Infineon Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.
(xi) TICA Climate Solutions Malaysia Sdn. Bhd. (TICA)
(xii) Mycron Steel CRC Sdn Bhd
(xiii) Inference Tech Sdn.Bhd.
(xiv) Hiilse Global Sdn. Bhd.
(xv) Microlead Manufacturing Sdn. Bhd.
.
Antara pengisian MoU dan MoA adalah seperti pengwujudan pusat latihan, perkongsian kepakaran, pendedahan industri kepada pelajar, pelaksanaan kursus bagi staf dan juga pelajar, dan perkongsian teknologi.
.
Adalah diiharapkan kerjasama di antara UTeM bersama agensi-agensi dan industri-industri ini akan dapat membuahkan hasil yang positif kepada semua pihak yang terlibat seterusnya dapat membantu untuk merancakkan lagi pembangunan ekonomi negara.
.