Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
  • Bahasa Melayu
  • English

MAJLIS PELANCARAN DUTA TVET UTeM

Majlis Pelancaran Duta TVET UTeM
26 Januari 2023
Dewan Canselor UTeM
Majlis Pelancaran Duta TVET UTeM telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali. Majlis berjalan lancar dan turut disaksikan YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Bin Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Majlis ini diadakan bertujuan untuk melantik duta-duta TVET yang merupakan staf akademik dan teknikal yang bertindak sebagai agen perubahan bagi memanfaatkan ilmu dan teknologi kepada komuniti melalui program yang melibatkan staf UTeM dan juga komuniti setempat.
Terdapat 3 program utama iaitu;
1. Knowledge Transfer Program (KTP)
2. Program Komuniti One-Off
3. Program yang boleh dikembangkan untuk kelangsungan hidup.
Matlamat utama program ini adalah untuk membantu komuniti dalam mengaplikasikan ilmu yang boleh digunakan untuk kesejahteraan dan penjanaan pendapatan. Senarai lantikan Duta TVET UTeM adalah seperti berikut;
1. Dr. Muhammad Zulfattah bin Zakaria, Ketua Projek (KP) – Baja Komuniti Daripada Sisa Jerami
2. Ts. Dr. Nurul Hanim binti ARazak (KP) – Waste to Wealth
3. Prof. Madya Ir. Dr. Gan Chin Kim (KP) – Pemasangan Solar
4. Dr. Chang Siang Yee (KP) – Bumi Hijau Melalui Pengkomposan Organik
5. Prof. Madya Dr. Imran bin Mohd Ibrahim (KP) – Pemindahan Ilmu dan Pemasangan Penghala Wayarles Mudah Alih untuk Capaian Internet di Sekolah Luar Bandar
6. Dr. Zurina binti Saaya (KP) – Penyelenggaraan Komputer dan Rangkaian Keselamatan Siber dan Inovasi (IoT)
7. Dr. Siti Azirah binti Asmai – UTeM Digital Niaga
8. Dr. Zurul Zarirah binti Nizam (KP) – Program Bimbingan Platform e-Dagang Kepada Usahawan Komuniti Desa
Projek-projek ini akan dilaksanakan di tiga (3) kawasan iaitu Tanjung Bidara, Pantai Kundor dan Bukit Katil.
Turut Hadir YBrs. Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM, YB Puan Tuminah Binti Kadi@Mohd Hasim, Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka – Dun Pantai Kundur, YBhg. Datuk Seri Dr. Haji Hasim Bin HasanPengerusi Lembaga Pengarah UTeM wakil Kementerian Pendidikan Tinggi, wakil Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), Politeknik, Kolej Komuniti & Kolej Vokasional, Pegawai-Pegawai Kanan Universiti dan Dif-Dif Kehormat.