Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dengan kerjasama Fakulti, Institut, Bahagian Pengurusan Akademik dan Pejabat Pengurusan & Perhubungan Canselori akan menganjurkan program Hari Terbuka UTeM, sempena Minggu TVET Negara 2022 dengan Tema: Jom Pilih UTeM, UTeM Pilihanku! bermula pada 20-22 Jun 2022 (Isnin-Rabu) di Perpustakaan Laman Hikmah.
Objektif utama penganjuran ini adalah untuk memperkenalkan UTeM secara amnya dan program yang ditawarkan khasnya dengan memberi penerangan berkaitan program akademik dan peluang untuk melanjutkan pengajian di UTeM. Di samping itu, pihak JPT telah membuka semula permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2022/2023 mulai 01 hingga 28 Jun 2022 dan UTeM menyediakan khidmat nasihat serta konsultasi permohonan kemasukan ke UTeM sepanjang sesi program diadakan.
Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput anda semua untuk menghadiri Hari Terbuka UTeM untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut serta mengikuti aktiviti secara bersemuka dan melawat ke pameran yang disediakan.
Sumber
Sistem Online
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa),
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia
Telefon: +606-270 1012
Fax: +606-270 1026
Email : pej_tncaa@utem.edu.my
Hakcipta © 2022 Pej TNCAA UTeM | Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Penafian | Privasi & Polisi Keselamatan | Hakcipta