Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
  • Bahasa Melayu
  • English

AKEPT GLOBAL SERIES: LEADERSHIP EXPERT DIALOGUE – “LEADERSHIP IN TVET: CHALLENGES & OPPORTUNITIES”

Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)  dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan melaksanakan program AKEPT Global Series: Leadership Expert Dialogue bertajuk “Leadership in TVET: Challenges & Opportunities”. 

Maklumat adalah seperti berikut;

Tarikh: 19 Oktober 2022 (Rabu)
Masa: 2.30 – 5.00 petang
Platform: Webex
Saluran Siaran Langsung:
Facebook | @AKEPTMalaysia & @MyUTeM
Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/3CV2FFg
.
Kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah diberi banyak penekanan sejak kebelakangan ini malah telah diketengahkan dalam dua Rancangan Malaysia yang lepas dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Tinggi). Namun begitu TVET menghadapi isu penjenamaan kerana masih ramai yang menganggap TVET sebagai laluan untuk mereka yang kurang menyerlah dalam akademik. Forum kali ini bakal mengetengahkan cabaran utama yang memerlukan lonjakan kepimpinan, juga usaha dalam menggalakkan perkongsian bagi menyokong dan merangsang inovasi serta merapatkan jurang antara keberhasilan pendidikan dan keperluan pasaran buruh. Program ini menyasarkan pemimpin institusi pengajian tinggi, wakil industri, usahawan, penggubal dasar, penyelidik, pelajar dan pendidik khususnya dalam bidang TVET.
.
Semua dialu-alukan untuk sama-sama menyertai ahli panel dari dalam dan luar negara berbincang dan berkongsi pandangan serta strategi mereka sebagai pemimpin dalam memperkasa kepimpinan TVET. Adalah diharapkan program ini dapat menjadi sebagai salah satu platform terbaik dalam usaha memberikan pemahaman yang jelas tentang kepimpinan terutama dalam menyokong kecemerlangan dan membawa agenda TVET negara ke peringkat yang lebih tinggi.