Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
  • Bahasa Melayu
  • English

2020.10.03-02 Bengkel Pemurnian Dokumen Dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian bagi Tiga (3) Program Akademik Baharu Sarjana Muda Teknologi UTeM

Bengkel Pemurnian Dokumen Dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian bagi Tiga (3) Program Akademik Baharu Sarjana Muda Teknologi UTeM telah diadakan pada 2-3 Oktober 2020 di Hatten Hotel, Melaka.
.
Bengkel ini telah melibatkan perlbagai sektor industri / Universiti mengikut bidang kepakaran bagi setiap program.
Objektif bengkal adalah;
.
• Menerangkan kepada ahli Jawatankuasa berkenaan dengan dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk dimajukan kepada pihak berkepentingan.
• Menyediakan, menyeragamkan dan memurnikan dokumen Self Review Report (SRR) (MBOT) bagi tiga (3) program Sarjana Muda Teknologi (Bachelor Of Technology) oleh Jawatankuasa program bagi dimajukan kepada pihak-pihak berkepentingan.
• Menyediakan, menyeragamkan dan memurnikan dokumen Kertas Cadangan Permohonan Program Akademik Baharu Untuk Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) bagi tiga (3) program Sarjana Muda Teknologi (Bachelor Of Technology) oleh Jawatankuasa program bagi dimajukan kepada pihak-pihak berkepentingan.
• Maklumat bagi Mesyuarat bersama Jawatankuasa Pengajian program dan seterusnya mendapatkan input daripada Mesyuarat.
.
3 program akademik baharu yang terlibat ialah:
• Sarjana Muda Teknologi Internet of Things Dengan Kepujian
• Sarjana Muda Teknologi Telekomunikasi Dengan Kepujian
• Sarjana Muda Teknologi Pengkomputeran Awan dan Aplikasi Dengan Kepujian