Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
[POLYLANG]

UTeM METERAI 19 DOKUMEN MEMORANDUM KERJASAMA (MoU) UNTUK KERJASAMA AKDEMIK

Dewan Canselor
16 Januari 2024 (Selasa)

Alhamdulillah. Program TVET Place & Train UTeM@KPT telah berjaya dijalankan. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara atas kesudian merasmikan Majlis pada hari itu.

Turut hadir pada majlis ini Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; Speaker Dewan Undangan Negeri; Yang Berhormat Timbalan-timbalan Menteri; Yang Berhormat EXCO & Timbalan EXCO Negeri Melaka; Naib-Naib Canselor Universiti Awam Malaysia; Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri; Rakan Strategik, Rakan Industri dan Rakan Media.

TVET Place & Train UTeM@KPT, adalah
satu gerbang kebolehpasaran graduan yang boleh disifatkan sebagai “serampang 4 mata” kerana ianya melibatkan 4 platform utama iaitu:

1. JELITA UTeM@KPT
2. UTeM-Industrial Playground
3. Industry-MTUN Cybersecurity Consortium
4. National Industrial Career Expo (NICE@UTeM)

Pada majlis ini YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi menyaksikan pertukaran Dokumen Memorandum Kerjasama (MoU/MoA) antara UTeM dengan rakan strategik industri dan agensi yang menawarkan tempat “Work Based Learning” (WBL) dan lain-lain kerjasama akdemik di mana 19 Dokumen MoU dimeterai. Sesi pertukaran dokumen ini turut diasaksikan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Antara industri dan agensi yang terlibat semasa sesi tersebut ialah;

1. Panorama Melaka Sdn. Bhd.
2. Northport (Malaysia Berhad)
3. SIRIM STS Sdn. Bhd.
4. The Government-Industry TVET Coordination Body & Federation of Malaysian Manufacturers
5. City University Malaysia
6. The Otomotif College Sdn. Bhd.
7. ELMU Education Group Sdn. Bhd.
8. Dewan Perniagaan Melayu Melaka
9. Persatuan Ushawan Automotif Prosper Malaysia
10. Dominant Opto Technologies Sdn. Bhd.
11. ORS Technologies Sdn. Bhd.
12. Ultratrex Machinery Sdn. Bhd.
13. Dunham-Bush Industries Sdn. Bhd.
14. Daikin Malaysia Sdn. Bhd.
15. The Chartered Institues of Logistics and Transport Malaysia
16. LED Vision Sdn. Bhd.
17. Infomag Engineering Sdn. Bhd.
18. CELCOM DIGI
19. Universiti Malaysia Sarawak