Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
[POLYLANG]

SOALAN LAZIM

Apakah maksud Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)?

Penubuhan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) adalah selaras dengan penubuhan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) di bawah seksyen 20 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) menerusi Perintah Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (Perbadanan 2001) yang diwartakan sebagai P.U (A) 124 pada 3 Mei 2001. Penubuhan ini telah berkuat kuasa pada 1 Disember 2000. Dahulunya,nama  jawatan Timbalan Rektor (Akademik dan Antarabangsa) digunakan selaras dengan nama Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) sehinggalah KUTKM melalui proses penjenamaan semula nama dari KUTKM kepada UTeM pada 1 Februari 2007 sejajar dengan penjenamaan semula nama semua Kolej Universiti IPTA. Semenjak itu, nama jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah digunapakai sehingga kini.

Di manakah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) beroperasi?

Pejabat TNCAA terletak di Aras 4, Bangunan Canselori, Kampus Induk di Durian Tunggal, Melaka

Apakah fungsi dan peranan utama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)?

i. Merancang program akademik ke arah melahirkan pelajar yang berdikari yang dapat memenuhi keperluan professional dan pasaran kerja tempatan dan antarabangsa.
ii Menentukan kurikulum universiti yang memberi penekanan kepada pendidikan umum dan bersesuaian dengan dasar pengajian tinggi negara.
iii. Menentukan dasar kemasukan pelajar selaras dengan matlamat universiti.
iv Merancang keperluan staf akademik dengan memantau aspek peluang kenaikan pangkat, mobiliti latihan/pembangunan dan penilaian prestasi staf akademik.
v. Meneroka peluang-peluang mendapatkan kepakaran teknikal dan sokongan untuk pembangunan latihan kakitangan akademik.
vi Mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan harmoni untuk melahirkan graduan yang cemerlang.
vii Berusaha untuk menonjolkan kemudahan dan personaliti yang ada di universiti untuk menjadi rujukan universiti-universiti luar negara.
viii Mempromosi dan meningkatkan kerjasama dua hala di antara universiti yang diwakili dengan universiti luar negara khususnya dalam membantu meningkatkan lagi penyertaan dalam program mobiliti
ix Membantu melaksanakan strategi pengantarabangsaan dengan membina hubungan baik universiti dengan badan, persatuan, agensi, industri dan institusi pengajian tinggi antarabangsa.

Waktu operasi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik &Antarabangsa)?

Pejabat TNCAA beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang dari hari Isnin hingga Jumaat

Berapakah pecahan bahagian atau pejabat di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik &Antarabangsa)?

Pejabat TNCAA mempunyai tujuh (7) bahagian seperti berikut;

  1. 1. Pejabat Pentadbiran & Kewangan
  2. 2. Pejabat Perancangan & Pembangunan Akademik
  3. 3. Pusat Pelajar Antarabangsa & Mobiliti
  4. 4. Pusat Kecemerlangan & Kesarjanaan Akademik
  5. 5. Pusat Sumber & Teknologi Pengajaran
  6. 6. Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat
  7. 7. Teaching Factory
Bagaimanakah untuk menghubungi kami?

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa),
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia

Telefon: +606-270 1307
Fax: +606-270 1026
Email : [email protected]

Adakah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) mempunyai laman sosial rasmi?
Media sosial rasmi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)?
Apakah program mobiliti pelajar? adakah UTeM ada menawarkan program mobiliti pelajar?

Program mobiliti pelajar melibatkan penempatan pelajar dari sebuah Universiti ke sebuah Universiti yang lain sama ada Universiti di dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh Senat Universiti bagi satu tempoh masa yang tertentu.

 

Bagi penempatan atau pertukaran pelajar UTeM ke Universiti lain, program ini dikenali sebagai Mobiliti Outbound yang mana UTeM adalah Universiti Asal (Home University) manakala Universiti lain yang mana pelajar ditempatkan dikenali sebagai Universiti Hos (Host University).

 

Terdapat dua (2) jenis program mobiliti outbound pelajar iaitu:-

  • Mobiliti Berkredit (1 sem atau 2 sem)
  • Mobiliti Non-Kredit (sehingga 14 hari atau lebih)
  •  

Program mobiliti outbound terbuka kepada semua pelajar:

  • Prasiswazah (degree dan diploma)
  • Pascasiswazah (MSc, Master (kerja kursus), D.Eng dan PhD)
  •  

Program mobiliti haruslah dilaksanakan oleh Universiti sebagai penganjur utama program samada dilaksanakan di dalam atau diluar negara.

Maklumat lanjut. boleh berhubung dengan pihak Pusat Pelajar Antarabangsa dan Mobiliti (CISMo) di talian; 06-2701012

Apakah Mod Program Mobiliti yang Ditawarkan?

Mod program yang ditawarkan kepada pelajar UTeM juga boleh dikategorikan dalam empat (4) bentuk utama; Fizikal, Hybrid, Virtual dan Blended

 

1.Program Mobiliti Fizikal adalah program akademik yang dianjurkan dan dilaksanakan oleh sesebuah IPT dalam atau luar negara sebagai Universiti Hos yang melibatkan pelajar UTeM yang berdaftar aktif dan hendaklah dihadiri secara bersemuka

2.Program Hybrid Mobility adalah program Mobiliti yang dihadiri oleh sebahagian pelajar secara fizikal dan sebahagian lagi secara maya pada waktu yang sama.

3.Program Virtual Mobility adalah program akademik yang diadakan secara dalam talian yang dianjur dan dilaksanakan oleh IPT luar negara yang melibatkan pelajar UTeM.

4.Program Blended Mobility adalah program Mobiliti yang sebahagian daripada program tersebut dijalankan secara fizikal dan sebahagian lagi secara dalam talian, dihadiri oleh pelajar yang sama pada kedua-dua sesi fizikal dan dalam talian.