Portal Rasmi
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

14 Mac 2024 (3 Ramadan 1445H)
Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM.
Alhamdulillah, Ihya Ramadan penyediaan menu bagi berbuka puasa di Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM berjalan dengan lancar dan meriah dengan kerjasama keseluruhan staf di di bawah TNCAA yang melibatkan Pejabat TNCAA, PPPA, CISMo, CAES, PSTP, PPSH dan TF. Menu pada tahun ini yang perlu disediakan ialah Nasi putih, kari ayam dan sayur kobis goreng.
Program gotong royong memasak makanan di kalangan staf yang terlibat telah bermula seawal 8.00 pagi dengan aktiviti mengupas bawang, memotong ayam, penyediaan tempat memasak dan barangan masak. Seterusnya pada tengah hari, aktiviti memasak nasi, kari ayam dan sayur kobis goreng telah dibuat dan makanan-makanan tersebut terus di bawa naik ke ruangan yang disediakan di atas Masjid. Pada sebelah petang, aktiviti gotong royong diteruskan dengan menghidang makanan ke dalam talam dan menyusun talam makanan di atas tikar di perkarangan masjid. Akhir sekali pada sebelah malam, gotong-royong diteruskan dengan aktiviti mencuci talam, cawan dan lain-lain peralatan memasak.
Sebanyak 230 dulang makanan telah disediakan oleh Team Pejabat TNCAA untuk Ihya Ramadan pada tahun ini. Terima kasih atas penglibatan semua staf pada aktiviti gotong-royong memasak dan menyediakan juadah berbuka kepada pelajar-pelajar UTeM.
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” – (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Semoga kita semua tergolong dikalangan hamba Allah yang suka berkongsi rezeki dan menjamu mereka yang berbuka puasa.
Sumber
Sistem Online
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa),
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia
Telefon: +606-270 1012
Fax: +606-270 1026
Email : [email protected]
Hakcipta © 2023 Pej TNCAA UTeM | Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Penafian | Privasi & Polisi Keselamatan | Hakcipta