Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
[POLYLANG]

KUNJUNGAN LAWATAN DAN PERBINCANGAN OLEH PIHAK GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE (GMI) KE UTeM

KUNJUNGAN LAWATAN DAN PERBINCANGAN OLEH PIHAK GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE (GMI) KE UTeM

9 Januari 2025
Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori
Kunjungan hormat dari German-Malaysian Institute Ke UTeM berkaitan cadangan dan potensi kerjasama di dalam program akademik. Pihak GMI telah disambut di perkarangan parkir Bangunan Canselori dan seterusnya di bawa ke Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, Bangunan Canselori.Sesi perbincangan antara UTeM dan GMI ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Dr. Zulkifilie bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Melalui kunjung hormat ini, pelbagai perkara telah dibincangkan terutama yang berkaitan kerjasama di antara UTeM dan juga GMI terutamanya dalam bidang akademik. Pihak GMI telah diwakili oleh Ts. Fahrul Rizal bin A. Halim, Timbalan Pengarah Urusan (Akademik & Operasi) serta Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai berkaitan. UTeM percaya bahawa dengan usaha kolaborasi ini dapat memberi kesan positif kepada visibiliti UTeM sekaligus memberi sumbangan kepada kemajuan pendidikan dan penyelidikan terutamanya yang berfokus TVET di Malaysia.