Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
[POLYLANG]

KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN BERSAMA ASIA CHINA EDUCATION AND CULTURE (ACEC)

Kunjungan Hormat dan Perbincangan Bersama Asia China Education and Culture (ACEC)

UTeM telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Asia China Education and Culture (ACEC) bagi membincangkan cadangan dan potensi kerjasama dalam pelbagai program akademik. Rombongan ACEC telah disambut di perkarangan parkir Bangunan Canselori sebelum dibawa ke Bilik Mesyuarat Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Aras 4, Bangunan Canselori UTeM.

Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Dr. Zulkifilie bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), dan berlangsung dalam suasana mesra serta penuh kerjasama. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah peluang kolaborasi strategik dalam bidang akademik, pengantarabangsaan, mobiliti pelajar, cadangan kerjasama penyelidikan, perkongsian kepakaran, dan pembangunan program akademik baharu yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua institusi.

Delegasi ACEC telah diwakili oleh Encik Yang Chengcheng, Regional Executive Director; Encik Ng Chu Shyan, Deputy Director of Digital Marketing; dan Cik Atirah, Pegawai Perhubungan. UTeM yakin bahawa perbincangan ini membuka lembaran baharu ke arah memperkukuh visibiliti UTeM di peringkat antarabangsa, menyokong agenda universiti sebagai peneraju TVET negara, dan memberi impak positif kepada warga kampus serta komuniti setempat.