Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
[POLYLANG]

HEBAHAN PENGANJURAN ANUGERAH BITARA KESIDANG 2024

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan,

Pada tahun ini, buat julung kalinya Universiti akan menganjurkan Anugerah Bitara Kesidang 2024 yang merangkumi tiga (3) kategori anugerah iaitu:

1.Anugerah Khas Tun Canselor
2.Anugerah Akademik Universiti (AAU) 2023
3.Anugerah Khas Pentadbir dan Anugerah Khas Pelaksana

Anugerah Khas Tun Canselor (AKTC) merupakan pengiktirafan tertinggi di peringkat Universiti bagi menghargai sumbangan individu atau kumpulan melalui pelaksanaan projek dalaman dan luaran yang memberi impak signifikan kepada UTeM. Kali pertama diperkenalkan pada tahun 2024, anugerah ini memberi fokus kepada inisiatif yang mendatangkan manfaat dalam pelbagai aspek, termasuk penjimatan, keselamatan, kesihatan, kelestarian, dan lain-lain bidang penting seperti penerbitan, keusahawanan dan teknologi.

Anugerah Akademik Universiti (AAU) merupakan pengiktirafan tertinggi oleh Universiti terhadap kecemerlangan Staf Akademik UTeM. Ini merupakan kali ke-15 AAU dilaksanakan. AAU adalah pemangkin aspirasi bagi staf akademik meningkatkan pencapaian kecemerlangan dan sumbangan dalam mengharumkan nama Universiti di persada tempatan dan antarabangsa.

Anugerah Khas Pentadbir dan Anugerah Khas Pelaksana diberikan kepada Pentadbir dan Pelaksana yang menunjukkan komitmen serta prestasi cemerlang di peringkat Universiti, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Maklumat penganjuran Anugerah Bitara Kesidang 2024 adalah seperti berikut;

Tarikh : 7 November 2024 (Khamis)
Masa : 7.30 – 10.45 malam
Lokasi : Hatten Hotel, Melaka

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Sekreteriat Jawatankuasa Pelaksana
Anugerah Bitara Kesidang 2024
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)