Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
[POLYLANG]

BENGKEL PENGAMBILAN 7000 ORANG PELAJAR BAGI SESI 2025/2026

Enrolmen pelajar prasiswazah dan pascasiswazah UTeM adalah sekitar 13,000 orang pada tahun 2022. Sejajar dengan Teras Strategik 2023-2025 UTeM di bawah Teras 1 yang mensasarkan seramai 19,000 orang pelajar, untuk menambah enrolmen bagi sesi 2023/2024 serta kelulusan oleh Senat berkaitan 13 program popular yang melibatkan program di semua fakulti. Oleh yang demikian, satu sesi bengkel pengambilan 7000 orang pelajar telah diadakan untuk menambah dan meningkatkan pengambilan pelajar UTeM.

Bengkel ini melibatkan ahli dari kalangan Dekan-dekan fakulti, Timbalan-timbalan dekan fakulti, Jawatankuasa Promosi Fakulti, Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar, UGLobe, Pejabat Perancangan dan Pembangunan Akademik (PPPA), CISMo, UTeM ACCESS, dan lain-lain PBU yang berkaitan.