Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
[POLYLANG]

BENGKEL PANEL BAGI PEMBANGUNAN ADDENDUM STANDARD : IJAZAH SARJANA DAN KEDOKTORAN BAGI PROGRAM TAHAP 7 DAN 8…

20-22 Januari 2025
Espira Kinrara, Puchong
Bengkel Pembangunan Addendum Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran bagi Program Tahap 7 dan 8 MQF anjuran Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Profesor Dr. Zulkifilie bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTeM adalah selaku Pengerusi bagi Jawatankuasa Pembangunan Addendum Standard Tahap 7 dan 8 TVET MQF.
Bengkel ini melibatkan wakil daripada MTUN, IPTA, IPTS dan Wakil Industri. Ahli dari UTeM yang hadir adalah Profesor Dr. Mohd Rizal bin Salleh, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) serta Dr Ridhwan Bin Jumaidin, Timbalan Pengarah Pejabat Perancangan dan Pembangunan Akademik (PPPA) selaku Ahli Panel dan Standard Writer.
Turut hadir, Profesor Madya Dr. Mohd Hidayat bin Zainuddin, Dekan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE) dan Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Shukor bin Salleh, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah, Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan (FTKIP) bagi pembentangan program Prototaip TVET Tahap 7 dan 8 MQF.