Portal Rasmi
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)


Profesor Dr. Zulkifilie bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTeM telah menghadiri Eastern Economic Forum serta The 14th APEC Conference on Cooperation in Higher Education (APEC CCHE) di Vladivostok, Rusia pada 31 Ogos 2025 – 7 September 2025. Sepanjang berada di sana, beliau turut mengadakan pertemuan penting bersama beberapa institusi ternama seperti Far Eastern Federal University (FEFU) dan delegasi Institut Politeknik serta Institut Matematik dan Teknologi Komputer di Vladivostok. Turut mengiringi beliau ke Vladivostok, Rusia ialah Profesor Madya Dr. Nadlene binti Razali, Dekan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM).
Hasil pertemuan ini membuka ruang kepada kerjasama strategik dalam bidang Tvet aeroangkasa , IT, dan Ai. Perbincangan ke arah pembangunan program akademik baharu berteraskan teknologi aeroangkasa di UTeM turut dibincangkan. Selain itu, peluang mendapatkan kepakaran bersama, penerokaan dana penyelidikan antarabangsa serta potensi geran padanan bagi projek penyelidikan yang melibatkan staf akademik kedua-dua negara.
Lawatan ini memberi impak besar bukan sahaja kepada UTeM, malah juga kepada agenda pendidikan tinggi negara. Ia memperkukuh kedudukan UTeM di pentas antarabangsa, memperluas jaringan strategik global, serta menyokong usaha Malaysia dalam meningkatkan keupayaan dan daya saing dalam bidang teknologi, penyelidikan dan inovasi.
Sumber
Sistem Online
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa),
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia
Telefon: +606-270 1012
Fax: +606-270 1026
Email : [email protected]
Hakcipta © 2023 Pej TNCAA UTeM | Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Penafian | Privasi & Polisi Keselamatan | Hakcipta