Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
[POLYLANG]

TAHNIAH YBRS. PROFESOR DR. ZAHRILADHA BIN ZAKARIA

Sukacita dimaklumkan bahawa, YB Menteri Pendidikan Tinggi melalui surat rujukan JPT.S(G)2000/011/014 Jld.5 (12) bertarikh 17 Mac 2025 telah bersetuju untuk melantik YBrs. Profesor Dr. Zahriladha bin Zakaria sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM untuk tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa mulai 17 Mac 2025 hingga 16 Mac 2027.
Sehubungan dengan pelantikan ini, seluruh warga Universiti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan diharap, dapat memberikan sokongan dan kerjasama kepada YBrs. Profesor Dr. Zahriladha bin Zakaria untuk membolehkan beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dengan cekap dan berkesan demi kecemerlangan Universiti.