Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
[POLYLANG]

SESI PERBINCANGAN DAN KUNJUNG HORMAT KE CITY UNIVERSITY MALAYSIA

4 Februari 2025
City Universiy Malaysia, Cyberjaya
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), telah mengadakan sesi perbincangan bersama City University Malaysia, Cyberjaya, pada 4 Februari 2025 (Selasa).
Sesi ini bertujuan untuk meneroka potensi kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan, serta lain-lain bentuk kolaborasi strategik yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua institusi. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM.
Delegasi UTeM diketuai oleh YBrs. Profesor Dr. Zulkifilie bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah mengadakan perbincangan bersama YBhg. Profesor Dato’ Dr. Roselan bin Baki Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), yang mewakili Naib Canselor City University Malaysia serta Ketua-Ketua Jabatan pihak City University Malaysia.
Turut serta hadir dalam sesi perbincangan ini ialah Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Sanusi bin Azmi, Dekan Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK), Profesor Dr. Mohd Syaiful Rizal bin Abdul Hamid, Dekan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT), Profesor Madya Ir. Dr. Suhaimi bin Misha, Pengarah UTeM Access, Dr. Faiz Redza bin Ramli, Timbalan Dekan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM), Profesor Madya Ir. Dr. Nur Izan Syahriah binti Hussein, Timbalan Pengarah UTeM ACCESS, Encik Muhamad Sopian bin Baharom, Timbalan Pendaftar Pejabat TNCAA dan Encik Mohammad Syarin bin Sapuan, Penolong Pendaftar Pejabat TNCAA.
Perbincangan ini mencerminkan komitmen UTeM dalam memperkukuh ekosistem pendidikan yang berkualiti, di samping membuka ruang kepada kerjasama strategik antara UTeM dan City University Malaysia pada masa hadapan. Diharapkan inisiatif ini dapat memperluaskan peluang pembelajaran dan pembangunan profesional bagi pelajar dalam bidang TVET, sekaligus menyumbang kepada kemajuan industri dan negara.