Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
[POLYLANG]

MESYUARAT JAWATANKUASA AKADEMIK & ANTARABANGSA MALAYSIAN TECHNICAL UNIVERSITY NETWORK (JKAA MTUN) BIL.1/2024

8 Mac 2024 (Jumaat)
Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori UTeM

Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Akademik & Antarabangsa Malaysian Technical University Network (JKAA MTUN) Bil. 1/2024. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMPSA, Lt. Kol. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman selaku Pengerusi JKAA MTUN dan turut dihadiri oleh Ybrs. Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim, TNC (A&A) UTeM, Ybrs. Profesor Ir. Dr. Mohd Shukry bin Abdul Majid, TNC (A&A) UniMAP serta Ybrs. Profesor Dr. Shahruddin bin Mahzan, TNC (A&A) UTHM.

Sesi mesyuarat ini turut dihadiri oleh ahli-ahli JKAA MTUN yang terdiri daripada Pengarah-pengarah Pejabat/Bahagian Akademik, Pengarah-pengarah Pejabat, wakil-wakil Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan penyelaras-penyelaras yang dilantik dari kalangan MTUN, wakil Bahagian Kecemerlangan Akademik (BKA), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), wakil Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, wakil Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti. Mesyuarat JKAA MTUN Bil.1/2024 ini juga turut dibuat secara atas talian bagi wakil-wakil yang tidak dapat hadir secara bersemuka.

Ahli JKAA MTUN UTeM yang telah hadir ke mesyuarat ini ialah Profesor Ir. Dr. Hambali bin Arep@Ariff, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Industri & Pembuatan, Dr. Hyreil Anuar bin Kasdirin, Pengarah Pejabat Perancangan dan Pembangunan Akademik (PPPA), Profesor Madya Gs. Ts. Dr. Othman bin Mohd, Pengarah Pusat Sumber dan Teknologi Pengajaran, dan Cik Nur Azriah Amir (Timbalan Pendaftar, Pejabat TNC (A&A).

UTeM telah dipilih sebagai tuan rumah untuk mesyuarat pada kali ini di mana semua ahli-ahli JKAA MTUN telah tiba seawal 7 Mac 2024 dan menginap di sekitar Ayer Keroh, Melaka.