Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
[POLYLANG]

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN KERJASAMA PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN ANTARA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DENGAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM)

5 Mac 2024
Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara JAKIM dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi pelaksanaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran.

Majlis menandatangani MoA ini disaksikan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBrs. Datin Paduka Hajjah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan YBhg. Dato Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM.

Hadir ke majlis ini bagi mewakili YBhg. Datuk Naib Canselor UTeM yang kini berada di luar negara atas urusan rasmi ialah Profesor Dr. Zulkifilie Bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Turut hadir ke majlis ini ialah Puan Norlisa Loke binti Abdullah, Dekan Pusat Pembelajaran Bahasa (PPB), Dr. Ismail bin Ibrahim, Pensyarah Kanan PPB, Dr. Radzuan bin Nordin, Pensyarah Kanan PPB, Dr. Muhd Akmal Noor @ Buang bin Rajikon, Pensyarah Kanan PPB dan Encik Ahmad Ridzwan bin Mohd Noor, Pensyarah Kanan PPB.

Program kerjasama antara JAKIM-UTeM ini telah bermula sejak tahun 2016 lagi dengan permulaan seraiami 18 orang pelajar pada pengambilan pertama dan majlis Menandatangani MoA/MoU ini merupakan penyambungan perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini. Sehingga kini, terdapat lapan kohort pelajar yang telah mendaftarkan diri menyertai program ini. Daripada lapan kohort ini, seramai 25 orang pelajar telah berjaya mendapatkan sijil khatam al-Quran JAKIM.

Kerjasama Darul Quran JAKIM dalam menjalinkan kolaborasi akademik bersama institusi-institusi pengajian tinggi merupakan suatu langkah strategik dalam mewujudkan model pendidikan tahfiz peringkat pengajian tinggi yang cemerlang dan melahirkan mahasiswa dan mahasisiwi yang celik dunia dan akhirat.