Portal Rasmi
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Pada 1 Mac 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK), telah diadakan Lawatan Penilaian Fasiliti Open Distance Learning (ODL), Akreditasi Sementara bagi Program Sarjana Teknologi Dalam Sains Data Analitik, FTMK.
Panel MQA yang terlibat ialah, YBrs. Ts. Dr. Razulaimi Razali selaku Pengerusi Panel, Profesor Ir. Ts. Dr. Vinesh Thiruchelvam dan Dr. Harvinder Kaur A/P Dharam Singh selaku ahli panel MQA.
Turut terlibat di dalam lawatan penilaian ini ialah, YBrs. Profesor Dr. Zulkifilie bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Sanusi bin Azmi, Dekan FTMK, Dr. Hyreil Anuar bin Kasdirin, Pengarah Pejabat Perancangan dan Pembangunan Akademik (PPPA), Profesor Madya Gs. Ts. Dr. Othman bin Mohd, Pengarah Pusat Sumber dan Teknologi Pengajaran (PSTP), Timbalan-timbalan Dekan FTMK, Timbalan-timbalan Pengarah PBU yang terlibat, Ketua-ketua Jabatan FTMK dan Ketua-ketua Bahagian PBU yang terlibat.
Lawatan penilaian ini bertujuan:
i. Menyemak bukti-bukti mencukupi seperti yang terkandung di dalam dokumen yang dimajukan ke MQA atau badan profesional yang berkaitan;
ii. Menyemak kepatuhan kepada standard atau garis panduan luaran seperti yang ditetapkan oleh MQA seperti:
iii. Melakukan lawatan ke premis yang fokus kepada kemudaan berkaitan ODL; dan
iv. Menyemak kepatuhan kepada peraturan dan garis panduan UTeM
Sumber
Sistem Online
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa),
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia
Telefon: +606-270 1012
Fax: +606-270 1026
Email : [email protected]
Hakcipta © 2023 Pej TNCAA UTeM | Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Penafian | Privasi & Polisi Keselamatan | Hakcipta