Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
[POLYLANG]

KARNIVAL PENDIDIKAN & KERJAYA TVET MELAKA 2023

KARNIVAL PENDIDIKAN & KERJAYA TVET MELAKA 2023 KINI KEMBALI!!
.
Selaras dengan misi kerajaan persekutuan untuk menjadikan TVET sebagai salah satu agenda pembangunan insaniah negara, Kerajaan Negeri Melaka dengan ini menganjurkan Karnival TVET Melaka 2023 dengan lebih banyak aktiviti diperkenalkan untuk semua orang Melaka.
.
Jika sebelum ini, Karnival TVET memberi penekanan lebih kepada pendidikan yang meliputi pelajar & pelatih dari sekolah sekolah, kini turut menyediakan lebih 300 peluang pekerjaan untuk semua lepasan pelajar berkemahiran TVET. Lebih 20 majikan sekitar negeri Melaka akan membuka reruai bagi sesi temu duga dan pengambilan secara terus.
.
Selain itu, untuk ibu bapa yang gusar dengan masa hadapan anak mereka tentang di mana mereka boleh sambung belajar, kesemua institusi TVET di negeri Melaka turut akan membuka reruai dan anda boleh melakukan permohonan secara terus. Turut disediakan sesi bersama kaunselor yang akan membimbing anda dalam pembangunan karier.
.
Jadi jangan lepaskan peluang, jom beramai-ramai hadir pada 25 & 26 November 2023 (Sabtu & Ahad) di Dewan MITC, Ayer Keroh Melaka bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.