Portal Rasmi
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Bilik Mesyuarat Pejabat TNCAA
5 Februari 2024 (Isnin)
UTeM telah menerima kunjung hormat dari Universiti Geomatika Malaysia (UGM) yang diketuai oleh YBrs. Prof. Gs. Ts. Sr. Dr. Mohd Zulkifili bin Mohd Yunos (Naib Canselor, UGM), Puan NoorHuda binti Awang @ Ibrahim (Dekan Faculty of Hospitality & Lifestyle), Puan Hadijah binti Hamdan (Timbalan Dekan, Faculty of Hospitality & Lifestyle), Encik Muhammad Bukhari bin Kamaruzaman (Jabatan Hal Ehwal Akademik, UGM Melaka) dan Cik Nur Hidayah binti Zakaria (Pegawai Khas Naib Canselor, UGM).
Sesi perbincangan tertumpu kepada agenda akademik dan potensi kerjasama melalui pensijilan profesional dan kursus jangka pendek dalam bidang kepimpinan, pengurusan, pemasaran, keusahawanan dan teknologi maklumat yang akan ditawarkan oleh pihak JELITA TVET UTeM. Selain daripada itu, kerjasama melalui konsultansi dalam penyelidikan dan inovasi serta khidmat masyarakat turut dibincangkan pada pertemuan ini.
UTeM percaya bahawa dengan usaha kolaborasi ini dapat memberi kesan positif kepada visibiliti UTeM sekaligus memberi sumbangan kepada kemajuan pendidikan dan penyelidikan terutamanya yang berfokus TVET di Malaysia.
Hadir sama dalam sesi perbincangan ialah Profesor Dr. Zulkifilie bin Ibrahim, (Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa), Profesor Dr. Mohd Rizal bin Salleh, (Dekan Sekolah Pengajian Siswazah), Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Sanusi bin Azmi (Dekan. Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi), Dr Hyreil Anuar bin Kasdirin (Pengarah Pejabat Perancangan dan Pembangunan Akademik), Profesor Madya Dr. Zaleha binti Mustafa (Pengarah Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat), Profesor Madya Ts. Dr. Mohammed Haririri bin Bakri (Ketua Jabatan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan) dan Ts. Dr. Nuridawati binti Mustafa (Pengurus Projek JELITA TVET).
Sumber
Sistem Online
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa),
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia
Telefon: +606-270 1012
Fax: +606-270 1026
Email : [email protected]
Hakcipta © 2023 Pej TNCAA UTeM | Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Penafian | Privasi & Polisi Keselamatan | Hakcipta