- Unit Promosi dan Pemasaran (UPP) UTeM ini berfungsi untuk merancang, melaksana dan mengurus aktiviti promosi dan pemasaran program akademik pra-siswazah dan pasca-siswazah di dalam dan luar negara.
- Penubuhan unit ini juga adalah sebahagian dari langkah strategik memantau aktiviti promosi dan pemasaran oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (A&A) yang sebelum ini aktiviti promosi dipusatkan di Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Canselori (PPPC), Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Pejabat Antarabangsa (PA) dan Pusat Pengajian Siswazah (PPPS).
- Melalui pemusatan ini, perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap keberkesanan program-program promosi dan pemasaran ini dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan berobjektif. Langkah ini akan dapat membantu melonjakkan imej UTeM dikalangan rakyat.
- Unit ini bertanggungjawab menyertai program-program promosi dan pemasaran akademik yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Politeknik/Kolej Matrikulasi/Sekolah Teknik/Sekolah Harian dan lain-lain bagi meningkatkan jumlah kemasukan pelajar ke UTeM, di samping menyebarluaskan informasi tentang UTeM.
- Di samping itu, program-program promosi dan pemasaran juga disebarluaskan di peringkat antarabangsa dengan menyertai pameran ataupun aktiviti promosi di luar negara.