Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
  • Bahasa Melayu
  • English
  1. Merancang program akademik ke arah melahirkan pelajar yang berdikari yang dapat memenuhi keperluan professional dan pasaran kerja tempatan dan antarabangsa.
  2. Menentukan kurikulum universiti yang memberi penekanan kepada pendidikan umum dan bersesuaian dengan dasar pengajian tinggi negara.
  3. Menentukan dasar kemasukan pelajar selaras dengan matlamat universiti.
  4. Merancang keperluan staf akademik dengan memantau aspek peluang kenaikan pangkat, mobiliti latihan/pembangunan dan penilaian prestasi staf akademik.
  5. Meneroka peluang-peluang mendapatkan kepakaran teknikal dan sokongan untuk pembangunan latihan kakitangan akademik.
  6. Mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan harmoni untuk melahirkan graduan yang cemerlang.
  7. Berusaha untuk menonjolkan kemudahan dan personaliti yang ada di universiti untuk menjadi rujukan universiti-universiti luar negara.
  8. Mempromosi dan meningkatkan kerjasama dua hala di antara universiti yang diwakili dengan universiti luar negara khususnya dalam membantu meningkatkan lagi penyertaan dalam program mobiliti.
  9. Membantu melaksanakan strategi pengantarabangsaan dengan membina hubungan baik universiti dengan badan, persatuan, agensi, industri dan institusi pengajian tinggi antarabangsa.