Portal Rasmi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

ccc
  • Bahasa Melayu
  • English

SOALAN LAZIM

Apakah maksud Pej. TNCAA?

Penubuhan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) adalah selaras dengan penubuhan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) di bawah seksyen 20 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) menerusi Perintah Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (Perbadanan 2001) yang diwartakan sebagai P.U (A) 124 pada 3 Mei 2001. Penubuhan ini telah berkuat kuasa pada 1 Disember 2000. Dahulunya,nama  jawatan Timbalan Rektor (Akademik dan Antarabangsa) digunakan selaras dengan nama Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) sehinggalah KUTKM melalui proses penjenamaan semula nama dari KUTKM kepada UTeM pada 1 Februari 2007 sejajar dengan penjenamaan semula nama semua Kolej Universiti IPTA. Semenjak itu, nama jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah digunapakai sehingga kini.

Di manakah Pej. TNCAA beroperasi?

Pejabat TNCAA terletak di Aras 4, Bangunan Canselori, Kampus Induk di Durian Tunggal, Melaka

Apakah fungsi dan peranan utama Pejabat TNCAA?

i. Merancang program akademik ke arah melahirkan pelajar yang berdikari yang dapat memenuhi keperluan professional dan pasaran kerja tempatan dan antarabangsa.
ii Menentukan kurikulum universiti yang memberi penekanan kepada pendidikan umum dan bersesuaian dengan dasar pengajian tinggi negara.
iii. Menentukan dasar kemasukan pelajar selaras dengan matlamat universiti.
iv Merancang keperluan staf akademik dengan memantau aspek peluang kenaikan pangkat, mobiliti latihan/pembangunan dan penilaian prestasi staf akademik.
v. Meneroka peluang-peluang mendapatkan kepakaran teknikal dan sokongan untuk pembangunan latihan kakitangan akademik.
vi Mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan harmoni untuk melahirkan graduan yang cemerlang.
vii Berusaha untuk menonjolkan kemudahan dan personaliti yang ada di universiti untuk menjadi rujukan universiti-universiti luar negara.
viii Mempromosi dan meningkatkan kerjasama dua hala di antara universiti yang diwakili dengan universiti luar negara khususnya dalam membantu meningkatkan lagi penyertaan dalam program mobiliti
ix Membantu melaksanakan strategi pengantarabangsaan dengan membina hubungan baik universiti dengan badan, persatuan, agensi, industri dan institusi pengajian tinggi antarabangsa.

Waktu operasi Pej. TNCAA?

Pejabat TNCAA beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang dari hari Isnin hingga Jumaat

Berapakah pecahan bahagian atau pejabat di bawah Pejabat TNCAA?

Pejabat TNCAA mempunyai tujuh (7) bahagian seperti berikut;

  1. 1. Pejabat Pentadbiran & Kewangan
  2. 2. Pejabat Perancangan & Pembangunan Akademik
  3. 3. Pusat Antarabangsa UTeM
  4. 4. Pusat Kecemerlangan & Kesarjanaan Akademik
  5. 5. Pusat Sumber & Teknologi Pengajaran
  6. 6. Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat
  7. 7. Teaching Factory
Bagaimanakah untuk menghubungi kami?

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa),
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia

Telefon: +606-270 1012
Fax: +606-270 1026
Email : pej_tncaa@utem.edu.my

Adakah Pejabat TNCAA mempunyai laman sosial rasmi?
Media sosial rasmi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)?