PEJABAT ANTARABANGSA

Secara dasarnya, fungsi dan tugas Pejabat Antarabangsa meliputi tiga (3) perkara iaitu hubungan kerjasama dengan universiti / institusi antarabangsa, urusan yang berkaitan dengan proses kemasukan pelajar antarabangsa ke UTeM serta program universiti yang melibatkan institusi / universiti luar negara.

Fungsi / Tugas Keterangan
Hubungan kerjasama dengan universiti / institusi antarabangsa

1) Menguruskan lawatan ke luar negara bagi Pengurusan Tertinggi Universiti

2) Urusan lawatan ke luar negara bagi staf-staf lain

3) Menguruskan lawatan dari luar negara ke UTeM

4) Menguruskan kerjasama antarabangsa melalui MoU / MoA

Urusan yang berkaitan dengan proses kemasukan pelajar antarabangsa ke UTeM

1) Menguruskan proses kemasukan pelajar antarabangsa seperti aktiviti promosi, pemilihan pelajar dan pemprosesan visa

2) Menguruskan maklumat dan data pelajar antarabangsa

3) Menguruskan hal ehwal kebajikan dan aktiviti pelajar antarabangsa

Program universiti yang melibatkan institusi / universiti luar negara

1) Menguruskan program pertukaran pelajar dan staf di peringkat antarabangsa (Program mobiliti)

2) Perkongsian maklumat antara universiti / institusi luar negara